15 September 2016

BENGKEL TEKNIK BERKESAN PENGUCAPAN AWAM

BENGKEL TEKNIK BERKESAN PENGUCAPAN AWAM TAHUN 2016

Tarikh : 8 Ogos 2016
Masa : 10.00 hingga 4.30 petang
Tempat : Dewan Cempaka dan Bilik Teratai (PPD Hilir Perak Cawangan)

Bengkel ini di adakan khusus untuk calon-calon Tokoh NILAM Daerah Hilir Perak sebagai latihan atau bimbingan kepada pelajar yang akan dinilai dalam Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Daerah Hilir Perak.

Pelajar atau calon-calon dibahagi mengikut kategori Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Para penceramah yang berkaliber ialah terdiri daripada Guru Cemerlang Bahasa Daerah Hilir Perak iaitu Puan Putri Faridah Hanizah bt. Dahalan (Bahasa Melayu) dan Cik Syahruniza bt. Abdul Ghapoor (Bahasa Inggeris). Kedua-dua penceramah daripada SMK Convent, Teluk Intan.

Bengkel tersebut telah memberi banyak manfaat kepada calon-calon iaitu mereka mendapat teknik-teknik persembahan yang tepat dan amat membantu mereka menjana idea serta menghuraikan fakta-fakta dengan cara yang betul dan berkesan.


Penceramah Kategori Bahasa Malaysia 
Puan Putri Faridah Hanizah bt. Dahalan (GC, SMK Convent)


Sebahagian daripada peserta Kategori Bahasa Malaysia Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah


Penceramah, Cik Syahruniza bt. A. Ghapoor (GC, SMK Convent) peserta Kategori Bahasa Inggeris Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah

No comments:

Post a Comment