Profil



Pusat Kegiatan Guru Teluk Intan adalah seperti mana pusat-pusat kegiatan guru yang lain di seluruh Malaysia mempunyai objektif yang sama dalam menjurus ke arah pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia.



Matlamat PKG

Untuk meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah-sekolah melalui peningkatan taraf professionalisme guru-guru berdasarkan penghayatan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.PKG akan merealisasikan potensi dan individualiti guru sehingga dapat melaksanakan amanah dengan baik dalam setiap peringkat dan bidang kehidupan bagi menghadapi cabaran wawasan 2020 selaras dengan Dasar Pembangunan Negara.



Objektif PKG

Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknologi pendidikan.
Mengumpul dan menyebar maklumat professional pendidikan khususnya dalam teknopen ke sekolah-sekolah.
Meningkatkan keberkesanan pengurusan dan penggunaan Pusat Sumber Sekolah (PSS).
Membantu dalam penghasilan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran untuk sekolah-sekolah.
Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknologi maklumat.
Menyediakan kemudahan-kemudahan bagi aktiviti professional pendidikan untuk guru-guru dan masyarakat setempat.
Menjadikan Pusat Kegiatan Guru sebagai Pusat Rujukan setempat dalam pelbagai bidang pendidikan.

No comments:

Post a Comment