19 June 2016

MENARA CONDONG TELUK INTAN

Bangunan Bersejarah Menara Condong Teluk Intan



               Menara Condong adalah sebuah menara yang terletak di Teluk Intan, Perak. Ia menjadi mercu tanda bagi bandar Teluk Intan sejak beberapa lama. Keunikan menara ini adalah ia menyerupai Menara Pisa, Itali. 
               Menara ini dibina pada tahun 1885 oleh seorang Arkitek berbangsa Cina bernama Leong Choo Cheong. Ia memiliki ketinggian 85 kaki dan ada 110 anak tangga. Walaupun telah berusia lebih 100 tahun, ia masih berdiri kukuh.
              Menara ini sebenarnya merupakan takungan air sebelum adanya tangki air di Changkat Jong. Bangunan tiga tingkat itu dilengkapi dengan sebuah jam besar. Kini menara ini menjadi tarikan pelancong yang mengunjungi bandar Teluk Intan dan mendapat gelaran Menara Condong kedua (PISA The 2nd) di dunia selepas Pisa di Itali. 

No comments:

Post a Comment