18 April 2016

Latihan Intensif Tokoh NILAM Kebangsaan 2016

Latihan Intensif Tokoh NILAM Kebangsaan 2016
Kategori Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Program NILAM yang kini meniti usia lapan belas tahun semakin menyerlahkan keunggulannya setelah melahirkan ramai pelajar atau tokoh pelajar yang berwibawa dan berjaya dalam kerjaya. 
"Nadi Ilmu Amalan Membaca" merupakan slogan amalan membaca dalam pelaksanaan Program MILAM di sekolah-sekolah seluruh negara. Membaca adalah satu tabiat yang patut dijadikan amalan kepada semua pelajar bahkan seluruh masyarakat di Malaysia. Kajian yang dibuat pada tahun 1998 menyatakan bahawa rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku setahun kini telah diatasi melalui pelaksanaan Program MILAM di sekolah-sekolah. Menurut kajian yang telah dilaksanakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, purata bacaan murid telah mencecah kepada 25 buah buku setahun. Kementerian Pendidikan Malaysia masih meneruskan dasar yang amat bermanfaat ini iaitu selain menjadikan ianya suatu amalan yang mulia dalam kalangan pelajar di sekolah-sekolah  yang mana melalui pembacaan, ilmu seseornag akan bertambah, pelajar lebih bersedia menghadapi peperiksaan dan tentulah akan merangsang kepada kejayaan mereka di dalam peperiksaan. Kini, Program NILAM bukan sahaja boleh menjana kejayaan dalam peperiksaan malah program ini dijenama semula untuk melahirkan pelajar yang berketerampilan, jati diri dan mampu berdaya saing di peringkat global. Program ini mampu menyerlahkan pelajar yang bijak dan petah berbicara, boleh memberi idea-idea yang bernas serta mampu mengulas karya-karya besar dan agung dengan mantap dan berkesan.

Bagi mencari calon yang benar-benar berkebolehan, Pemilihan Tokoh NILAM telah dilaksanakan di peringkat Pusat Kegiatan Guru, peringkat daerah, negeri dan seterusnyan peringkat kebangsaan. Adik Auni Qistina binti Fadzil Maknon dari SK Convent, Teluk Intan telah berjaya dan terpilih  mewakili Negeri Perak bagi kategori Bahasa Melayu Sekolah Rendah dalam Pemilihan Tokoh NILAM Kebangsaan 2016 yang akan dilaksanakan pada 26 April 2016 nanti. Pelbagai latihan telah dijalankan sebagai persediaan adik Auni ke pemilihan tersebut. Pada 15 April 2016 (Jumaat)  yang lalu seorang munsyi Encik Chai Loon Guan (Guru Bersara dari Tanjung Malim) telah dijemput untuk membimbing dan memberi tips berkesan kepada adik Auni yang akan menempuh cabaran tidak lama lagi. Semoga adik Auni beroleh kejayaan cemerlang dalam pemilihan Tokoh NILAM kali ini dan bakal menjulang "Hilir Perak Nombor Satu Malaysia".







No comments:

Post a Comment