“Sila baca post daripada Cikgu Normie tentang kaedah membina soalan ringkas dalam 10 minit di pelantar Frog VLE.Idea beliau amat kreatif.
Teknik yang diberikan amat bermanfaat terutama bagi guru-guru yang sentiasa sibuk seperti saya.”
https://normsuperb.com/2016/02/09/vle-frog-membina-soalan-ringkas-dalam-10-minit/
Membina soalan ringkas dalam 10 minit
Saya akan memberi beberapa TIPS untuk melaksanakan latihan menggunakan VLE-Frog dengan pantas. Banyak sebenarnya cara yang boleh dilakukan. Hanya dengan sedikit kemahiran dan sedikit masa diperuntukkan. Yang penting ialah setakat mana kesungguhan kita untuk melaksanakannya. Kalau ada yang nak komplen salah cara guna vle ke apa ke, biarlah. Saya akan tunjukkan pelbagai cara untuk mudahkan urusan cikgu. Jangan lupa pulak doakan agar semua urusan dan kerja buat saya juga Allah permudahkan kalau ianya membantu cikgu semua.
Untuk membina soalan, ada beberapa widget yang sesuai. Ini antara yang anda boleh lakukan jika masa agak suntuk. Sebagai contoh nak sediakan aktiviti hujung minggu atau ketika cuti panjang. Janji ada bahan yang diperlukan, semuanya bisa di atur!!
Setahu saya, kita sebagai guru memang ada bank soalan. tidak kiralah dalam bentuk MS WORD atau dalam bentuk PDF yang dimuat turun dari internet. Tapi janganlah asyik ambil dari Internet sebab bila lagi anda nak create soalan sendiri? Tak kan selamanya nak pakai orang punya. Kita nak didik pelajar jadi creator tapi kita pulak asyik guna barang recycle yang hak orang lain. Cuba-cubalah bina bahan sendiri dan kongsi pula pada orang lain.
Apa yang anda perlukan?
- Bahan dalam bentuk pdf. Jika tiada dalam pdf, guna fungsi dalam MS Word untuk SAVE AS PDF.
- Pergi laman web http://pdf2jpg.net/ untuk convert pdf anda jadi jpeg.
- Convert pdf anda.
- Muat turun jpeg / zip yang diperlukan.
- Bina SITES di VLE anda seperti biasa.
- Tukar LAYOUT SITES anda. Ambil 4 colum.
- Masukkan 3 WIDGET iaitu NOTES, MEDIA dan FORM.
No comments:
Post a Comment