Bengkel Penulisan Kreatif – Kem Penulis Muda
Daerah Hilir Perak
2 dan 3 Februari 2016
PKG Teluk Intan & Dewan Cempaka PPD Hilir
Perak
Dalam usaha merealisasikan
Pembelajaran Abad ke-21, iaitu melahirkan murid yang bijak, mampu berdaya saing dan
kreatif serta berkemampuan untuk mencipta, maka Pusat Kegiatan Guru Teluk Intan telah mengadakan Kem Penulis Muda - Bengkel Penulisan Kreatif kepada murid-murid
sekolah rendah dan menengah di bawah Program Nilam daerah Hilir Perak. Murid-murid telah dibmbing oleh
seorang penulis berjiwa guru iaitu Cikgu Mohd Kamil bin Idris. Beliau kini bekerja sepenuh masa di Kamil Learning & Consultancy dan bekerjasama dengan Syarikat Karangkraf Sdn.
Bhd.
Bengkel ini adalah bertujuan
untuk membuka laluan kepada murid-murid untuk berkarya seterusnya akan menerbitkan hasil karya yang terbaik peserta-peserta bengkel ini. Dalam bengkel tersebut murid-murid diberi pendedahan asas teknik-teknik penulisan kreatif agar bakat penulisan mereka dapat diasah, dimantap dan ditingkatkan lagi. Melalui bengkel ini juga, murid-murid telah disuntik minat untuk berkarya dan mencipta kehebatan peribadi mereka dalam bidang penulisan kreatif melalui "Slot Motivasi Diri Super Neuron".
Di akhir bengkel, keseluruhan peserta telah memberi refleksi daripada tidak minat mengarang kepada amat berminat terhadap penulisan kreatif. Seterusnya bengkel ini diharapkan boleh memantapkan penulisan mereka dan peserta-peserta juga bercita-cita untuk menghasilkan karya penulisan kreatif.
Di akhir bengkel, keseluruhan peserta telah memberi refleksi daripada tidak minat mengarang kepada amat berminat terhadap penulisan kreatif. Seterusnya bengkel ini diharapkan boleh memantapkan penulisan mereka dan peserta-peserta juga bercita-cita untuk menghasilkan karya penulisan kreatif.
Rumusan dapatan:
- Pelajar diberi pendedahan dan teknik-teknik asas penulisan kreatif selama sehari. (Pelajar diasingkan mengikut tahap iaitu Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah)
- Murid-murid yang hadir keseluruhan tidak mempunyai minat penulisan pada mulanya tetapi penceramah telah berjaya menyuntik minat dan memberi idea serta teknik untuk menghasilkan karya penulisan kreatif.
- Penceramah telah memberi pendedahan teknik-teknik penulisan kreatif dan laluan terhadap peserta-peserta untuk menerbitkan karya mereka di majalah atau buku.
- Refleksi peserta bengkel:
- Siti Nur Aisyah bt. Rosly (SMK Seri Perak), beliau berasa amat gembira dan beruntung kerana terpilih mengikuti bengkel ini. Bengkel ini telah membuka minatnya dalam penulisan kreatif dan bercita-cita agar beliau mempunyai buku karya beliau sendiri.
- Di akhir bengkel, keseluruhan peserta-peserta telah memberi maklum balas daripada tidak minat mengarang kepada berminat terhadap penulisan kreatif dan berharap agar ada bengkel seterusnya untuk mereka.
- Syarikat Karang Kraf (kerjasama dengan penulis) menghadiahkan dua naskhah majalah kepada setiap murid yang hadir bengkel tersebut.
No comments:
Post a Comment