EDARAN BAHAN DIGITAL / PERISIAN KANDUNGAN MBM MBI
UNTUK SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH 2015
Assalamualaikum,
Selamat Sejahtera,
Salam 1 Malaysia,
Salam Perak Aman Jaya,
Pengetua/ Guru Besar,
Sekolah-sekolah Kelompok PKG Teluk Intan.
Tuan,
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk untuk tindakan tuan.
2. Untuk makluman tuan, Bahan Digital dan Perisian Kandungan MBM MBI tahun 2015 telah sampai ke PKG Teluk Intan semalam untuk edaran ke semua sekolah. Seperti keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perafakatan Aktiviti PKG Teluk Intan Bil.2/2014 yang bertarikh 4 Nov 2014 yang lalu, semua sekolah bersetuju mengambil bahan berkenaan di PKG Teluk Intan.
3. Bahan-bahan tersebut adalah seperti berikut:
3.1 Sekolah Rendah (19 sekolah) menerima:
Bahan Digital Bahasa Inggeris Tahun 4 dan Tahun 5
3.2 Sekolah Menengah (5 sekolah) menerima:
a) Bahan Digital English Language Form 4 and Form 5
b) Bahan Digital Bahasa Malaysia Tingkatan 4 dan Tingkatan 5
c) Perisian Kandungan English Language Tahap Menengah Atas
d) Perisian Kandungan Bahasa Malaysia Tahap Menengah Atas
4. Oleh itu, pihak pentadbir sekolah, guru atau wakil diminta datang ke PKG Teluk Intan PADA ATAU SEBELUM 17 DIS 2014 tanpa gagal untuk mengambil bahan berkenaan kerana laporan penerimaan akan dihantar ke BTP sebelum 18 Dis 2014. SILA BAWA BERSAMA COP JAWATAN DAN COP RASMI SEKOLAH SEMASA MENGAMBIL BAHAN UNTUK URUSAN S.A.P.
Segala kerjasama yang pihak tuan berikan, kami dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
FAIRUZIAH BINTI GHAZALI
Pegawai Teknologi Pendidikan 1,
PKG Teluk Intan.
Telefon Pejabat:: 05-6218621
Telefon Bimbit: 019-4658834
No comments:
Post a Comment