Terima kasih kepada para GPB/P.ICT sekolah, Pentadbir, GPM, guru-guru dan pelajar-pelajar bagi sekolah-sekolah yang telah selesai menjawab 100% seperti berikut:
1) SJKC San Min 1
2) SMK San Min
3) SJKT Sithambaram Pillay
4) SK St. Anthony
5) SK Sungai Jejawi
6) SJKC San Min 2
Anda adalah warga sekolah yang prihatin dan mempunyai intergriti yang tinggi terhadap tugas dan tanggungjawab anda. Tahniah dan terima kasih.
Sekolah-sekolah yang belum habis melaksanakan tanggungjawab ini, diharap GPB/Penyelaras ICT akan melunaskan tanggungjawab tersebut dalam "Bengkel Pengisian Data SSQS Sekolah-sekolah kelompok PKG Teluk Intan" di Makmal Komputer SK Sultan Idris II, bermula pukul 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari. Sila pastikan ada salinan 'hard copy' setiap responden yang telah menjawab dan disahkan oleh Pengetua/ Guru Besar. Salinan ini perlu sebagai bukti jawapan setiap responden sekiranya ada hal-hal berbangkit kemudian hari.
Sekolah-sekolah berikut perlu ambil tindakan segera:
1) SJKT Thiruvalluvar
2) SJKT Ladang Sungai Timah
Selain itu, sekolah-sekolah perlu menyerahkan kepada urus setia PKG Teluk Intan "Senarai Semak Responden" kepada PKG semasa bengkel berkenaan berlangsung.
"SELAMAT MENJALANKAN TUGAS DENGAN CEMERLANG"
Fairuziah Ghazali,
Pegawai Teknologi Pendidikan 1,
Pusat Kegiatan Guru Teluk Intan.
No comments:
Post a Comment