Bengkel Literasi Maklumat PSS PKG Teluk Intan 2014
Bengkel ini telah diadakan pada 18, 19, 20, 25 dan 26 JUN 2014 khusus kepada Guru Perpustakaan dan Media (GPM)/ Penyelaras PSS (P.PSS) sekolah-sekolah ahli PKG Teluk Intan. Semua GPM dan P.PSS sekolah-sekolah dalam kelompok PKG Teluk Intan hadir dalam bengkel tersebut.
Bengkel ini amat penting diberi kepada GPM dan P.PSS supaya mereka mempunyai pengetahuan dalam Literasi Maklumat dan seterusnya dapat berkeolaborasi dengan guru-guru serta diaplikasikan kepada pelajar-pelajar di sekolah masing-masing.
Seramai lima penceramah yang berkemahiran dalam bidang-bidang berkaitan telah dijemput dalam perkongsian ilmu ini. Mereka adalah terdiri daripada guru-guru Jurulatih Utama dalam daerah Hilir Perak, iaitu:
i- Pn. Yang Kalsum binti Yop (GPM/JU -SMK Seri Perak) - Modul Literasi Maklumat
ii-Pn. Sayati binti Mohd Salleh (JU- SMK Raja Muda Musa) - Kemahiran Perpustakaan
iii-Pn. Haliza binti Awi (Kaunselor SK Convernt) - Kemahiran Komunikasi , Kemahiran Belajar)
iv-Pn. Nazrah binti Maani (GPM/JU - SK Seri Langkap) - Kemahiran Berfikir
vi-Cik Siti Sarah binti Abdul Rahim (P.PSS- SK Teluk Birah) - Kemahiran ICT dalam PSS
Bengkel ini telah dilaksanakan dengan jayanya dan guru-guru telah dilengkapkan dengan pengisian Kemahiran Literasi Maklumat PSS. Diharapkan agar semua murid dapat diberi pendedahan tentang Literasi Maklumat PSS yang amat membantu pemudahcaan dan pembelajaran di peringkat sekolah.

.jpg)



No comments:
Post a Comment