11 July 2017

PELAKSANAAN PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH MENGGUNAKAN SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS) BAGI SEKOLAH-SEKOLAH KPM NEGERI PERAK TAHUN 2017

Pengetua/Guru Besar,
Sekolah KPM Negeri Perak.
YBhg/YBrs/Dato’/Datin/Dr/Tuan/Puan,
PELAKSANAAN PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH MENGGUNAKAN SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS) BAGI SEKOLAH-SEKOLAH KPM
NEGERI PERAK TAHUN 2017
Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.
  1. Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia akan melaksanakan Penarafan Pembestarian Sekolah Menggunakan SSQS 2017, melalui surat KP (BTP-PPSB) 8817 / 3 / 4 Jld 3 (86) bertarikh 24 Mei 2017. Penarafan akan dilaksanakan secara dalam talian menggunakan pautan http://btp.moe.gov.my/btp/ mulai 15 Julai 2017. Tarikh akhir pelaksanaan SSQS peringkat negeri Perak adalah sebelum atau pada 25 Ogos 2017.
  1. Untuk makluman YBhg/YBrs/Dato’/Datin/Dr/Tuan/Puan, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Perak dan Pusat Kegiatan Guru (PKG) dipertangunggjawabkan untuk mengurus setia pelaksanaan penarafan pembestarian sekolah menggunakan SSQS Sesi taklimat kepada Guru Penyelaras Bestari (GPB)/Guru Penyelaras ICT (GPICT)/Admin SSQS akan dilaksanakan mengikut daerah mulai 13 Julai 2017 hingga 20 Julai 2017.
  1. Kerjasama YBhg/YBrs/Dato’/Datin/Dr/Tuan/Puan memberi pelepasan bertugas kepada GPB/GPICT dan memastikan mereka meningggal tugasan kepada murid-murid sebelum hadir ke taklimat ini amat dihargai serta diucapkan ribuan terima kasih. Maklumat tambahan berkaitan perkara ini boleh diperolehi daripada Encik Sharuddin bin Yusof, Penolong Pengarah, BTPN Perak melalui talian 05-2924933 sambungan 116 atau Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG kelompok masing-masing.
Sekian, terima kasih
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

No comments:

Post a Comment