ICT

KHIDMAT BANTU PENGURUSAN PENYELENGGARAAN PERALATAN ICT DAN
 VDI THINK CLIENT




  • PERTANDINGAN WACANA KESELAMATAN ICT KEBANGSAAN – PIALA CABARAN CYBERSAFE (NATIONAL ICT SECURITY DISCOURSE: CYBERSAFE CHALLENGE TROPHY (NICTSeD 2016)


Salam Sejahtera,Salam 1Malaysia.

Pengetua,

Sekolah Menengah Seluruh Negeri Perak
YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,

Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk.

  1. Merujuk lampiran surat Kementerian Pendidikan Malaysia KP (BTP-PENT) 8800/41/20 Jld. 10 (29) bertarikh 12 Mei 2016. Pada tahun ini Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) dengan sokongan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui agensinya CyberSecurity Malaysia (CSM) akan melaksanakan  PERTANDINGAN WACANA KESELAMATAN ICT KEBANGSAAN – PIALA CABARAN CYBERSAFE (NATIONAL ICT SECURITY DISCOURSE: CYBERSAFE CHALLENGE TROPHY (NICTSeD 2016) seperti yang dimulakan sejak tahun 2013.
  1. Sebagaimana YBhg. Dato’/datin/Tuan/Puan, sedia maklum program ini adalah sebahagian daripada aktiviti program CyberSAFE In Schools yang berperanan meningkatkan kesedaran berhubung kepentingan keselamatan siber dan keselamatan maklumat peribadi dalam kalangan murid.
  1. NICTSeD 2016 yang melibatkan 16 buah sekolah mewakili negeri masing-masing akan bertanding dari peringkat awal hingga separuh akhir seperti butiran berikut:

          Tarikh               :    6 hingga 11 Ogos 2016
          Tempat             :    Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu
                                      21600 Marang, Terengganu
  1. Pertandingan akhir peringkat kebangsaan akan dijalankan pada 19 Oktober 2016 bersempena dengan CyberSecurity Malaysia – Awards, Conference and Exhibition 2016 (CSM-ACE 2016) di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.
  1. Pihak penganjur akan menaja perbelanjaan makan minum dan perjalanan ke tempat pertandingan. Makan, minum serta guru pengiring semasa di BTPN Terengganu disediakan oleh penganjur.
  1. Maklumat lanjut dan syarat-syarat pertandingan mohon rujuk En. Sharuddin Bin Yusof, Penolong Pengarah (Ketua Unit Pembestarian Sekolah) Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak di talian 05-2924933-116/019-5596906 dan boleh diakses melalui www.cybersafe.my/en/nictsed serta download lampiran yang disertakan.

    Kerjasama pihak YBhg. Dato’/datin/Tuan/Puan, menjayakan program ini didahului dengan ucapan terima kasih.

BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI PERAK

No comments:

Post a Comment