8 October 2014

Pemilihan Tokoh NILAM Negeri Perak 2014

Pemilihan Tokoh NILAM Negeri Perak 2014 telah berlangsung selama lima hari bermula pada 22 hingga 26 September 2014 di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak, Tasik Damai, Ipoh.

Program bermula dengan Ice Breaking dan diikuti dengan Program Motivasi daripada Dato' Aznil Hj. Nawawi atau yang dikenali dengan "Pak Nil" pada sebelah malamnya. Pak Nil yang memang telah terkenal dengan program ceria bersama kanak-kanak telah berjaya menggalakkan pelajar-pelajar atau calon-calon NiLAM berinteraksi secara positif dalam slot beliau. Ini satu rangsangan yang amat baik dan menarik dan diharapkan akan dapat memotivasikan pelajar tampil dengan cemerlang dalam Pemilihan Tokoh NILAM itu.

Program utama program ini adalah temuduga calon-calon secara individu dan berkumpulan Kategori Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah iaitu pelajar-pelajar diminta mengupas topik-topik dan soalan-soalan yang diberikan kepada mereka secara penerangan yang terperinci, bernas, kreatif tetapi bersahaja dan bekerjasama bagi mencari siapakah Tokoh NILAM Negeri Tahun 2014 ini. 

Selain itu, pelajar-pelajar juga didedahkan dengan Program Khemah Membaca dan Lawatan ke Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak.

Program-program yang disediakan kepada calon-calon tersebut amat berguna dan bermanfaat sekali kepada pelajar-pelajar di samping dapat menimba ilmu dan pengalaman yang boleh membantu pelajar untuk peningkatan akademik dan jati diri yang cemerlang.






















No comments:

Post a Comment