Trends in International Mathematic and Science Study (TIMSS)
Pada 23 Ogos 2014 yang lalu, Tn. Hj. Shamsuddin bin Hassan (Timbalan Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan ) telah mengunjungi Pusat Kegiatan Guru Teluk Intan sempena lawatan beliau ke SMK Seri Kandi, Teluk Intan bagi memantau pelaksanaan program TIMSS di sekolah berkenaan. SMK Seri Kandi merupakan satu daripada tiga sekolah di daerah Hilir Perak yang melaksanakan program di peringkat antarabangsa itu selain SM Sains Teluk Intan dan SM Sains Bagan Datoh.
TIMSS diadakan bagi menguji penguasaan pelajar antarabangsa dalam mata pelajaran Matematik dan Sains. Tiga sekolah berkenaan adalah penanda aras kepada pencapaian pelajar Malaysia dalam pencapaian Matematik dan Sains. Syabas, SMK Seri Kandi!
No comments:
Post a Comment