31 August 2014

Salam Kemerdekaan Malaysia Ke-57

"GURINDAM SYUKUR"
Syukur kita Allah memberi,
Akhlak yang elok tidak terperi.

Syukurlah kita usia yang panjang,
Merasa semua sepak terajang.

Syukur kita iman yang kukuh,
Godaan dunia tega ditempuh.

Syukurlah kita tubuh yang sihat,
Tiada terkena sakit melarat.

Syukurlah kita punya sahabat,
Saling menyokong beri semangat.

Syukurlah hidup di dalam aman,
Tiada sengketa mengiring jalan.

Syukurlah jadi warga merdeka,
Mengecap nikmat usahlah leka.

Syukuri segala kurnia Yang Esa,
Dilupa jangan muhasabahlah sentiasa.

Syukuri selalu dikurnia makrifat,
Mencari haluan hidup berdarjat.

Syukurlah kita sempurna akal,
Bertindak waras khilaf disangkal.

Syukur diberi hidup bahagia,
Setiap pengorbanan tidak sia-sia.

Lya Jamielya
Kemaman,Terengganu
31.8.14

No comments:

Post a Comment