Assalamualaikum wm. wbth.
Salam mesra dan Salam Eidul Fitri bagi semua rakan umat Islam. Blog PKG Teluk Intan ini baru sahaja dibina bagi menggantikan buat sementara waktu portal kami yang telah tiga kali kena godam. Hanya kesabaran sahaja yang menguatkan semangat kami membina blog sebagai alternatif untuk perkongsian ilmu dan maklumat bersama-sama guru-guru dalam kelompok PKG Teluk Intan khususnya dan rakan-rakan guru atau sesiapa jua amnya.
Melalui blog ini kami akan cuba memberi maklumat yang bermanfaat kepada para guru khasnya sebagai medan perantaraan atau kolaborasi ilmu dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan kita bersama ke arah mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan membentuk anak-anak didik menjadi insan yang harmonis dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah mereka.
Akhir kata, sempena hari dan bulan yang mulia ini saya mengucapkan "Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin 1434H".
No comments:
Post a Comment